Tuesday, April 19, 2011

Tips Pemilihan Tudung

1- Pemilihan fabrik
Pilihan fabrik tudung terbaik ialah jenis kain bawal (kasa atau voile). Ini tidak bermakna anda wajib memilih fabrik voile/bawal ini. Anda juga boleh memilih fabrik jenis sutera, sifon, viscose atau citarasa campuran mengikut keselesaan.

2- Pengudaraan Yang Baik
Kain bawal atau kasa amat sesuai di Malaysia kerana cuaca di sini panas dan lembap sepanjang tahun yang membuatkan penduduknya cepat berpeluh. Oleh itu, kelebihan kain bawal ialah ia mempunyai ciri-ciri pengudaraan yang baik dan menyerap peluh (rambut boleh 'bernafas').

3- Keseimbangan Badan
Pilih fabrik yang melekap pada rambut/kepala. Di samping itu, ia juga memberikan keseimbangan kepada anda. Secara tidak langsung, ia akan terletak cantik di atas kepala/bahu dan menampakkan lagi keanggunan si pemakai. 


4- Senang Dipakai
Pilih fabrik yang senang dipakai dan jimat masa anda. Senang di bentuk mengikut jenis muka. Setiap orang yang memakai tudung bawal pasti mempunyai tarikan tersendiri. Betul tak?

5- Tahan Lama dan Senang di Jaga
Fabrik bawal terbukti tahan lama. Walau di simpan lebih sedekat, design dan warnanya tidak pernah mundur. Fesyen bawal masih dipandang tinggi oleh penggemarnya. Yang paling penting senang di basuh dan cepat kering. Malah tudung bawal juga boleh di basuh dengan mesin basuh.


     Tidak dinafikan Malaysia sekarang mempunyai lambakan tudung 'instant' yang lagi cepat di pakai dan murah untuk di beli. Namun, adakah ia mempunyai ciri2 seperti di atas?
     Pada pendapat peribadi saya, tudung 'instant' tidak lagi eksklusif seperti dahulu kerana penularan menciplak design yang sangat cepat. Kalau di beli dari butik dengan harga ratusan ringgit tapi bila sampai di pasar malam anda boleh dapatkan harga yang sangat murah dengan fabrik dan design yang sama. Adakah anda rasa berbaloi untuk berbelanja di butik berbanding pasar malam? Di manakah hak eksklusif anda yang membeli fabrik berjenama jika tidak di pandang orang? hehe...lebih baik bersederhana..tak gitu?  

No comments:

Post a Comment